APAKAH DIET UNTUK PESAKIT KANSER?
APAKAH MAKANAN ANTI-KANSER?
Diet yang dapat menentang kanser:
- Memakan paling kurang 7 Biji Apricot setiap hari Insyaallah 100% tidak terkena kanser
- Elakkan atau sekurang-kurangnya
hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan
daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai
hidangan utama.
- Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
- Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
- Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
- Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
- Elakkan daging dan ikan yang
dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali,
disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau
oven jauh lebih selamat.
- Elakkan makanan yang mengandungi
perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk,
belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan
yang ditinkan.
- Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
- Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
- Jangan makan makanan yang telah berkulat.
- Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
- Elakkan menggunakan minyak masak,
marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans
(minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan
minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga
matahari dan minyak biji Apricot . Begitu juga dengan marjerin.
- Makan makanan yang banyak kandungan B17
Rancangan pemakanan yang disarankan:
- Kulit ayam/itik mesti dibuang.
- Makan banyak sayur-sayuran
crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan
salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
- Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
- Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
- Beli sayuran organik jika mudah didapati.
- Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
- Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
- Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
- Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
- Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
- Makanlah spirulina iaitu sejenis
makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan
vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu
meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
- Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
- Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
- Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
- Redha
atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting.
Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan
atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau
faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan
maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser
ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula.
- Sebagai insan berugama, kita
tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains
dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita
hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita
yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada’ buat
setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara
baik atau buruk. Manakala Qada’ adalah perlaksanaan bagi ketentuan
tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang
bakal kita tempuhi.
- Isi darah kita dengan banyak
oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai
kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar
teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah
yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin
banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.Fossilized Coral membantu membekalkan oksigen dalam darah
- Ambilkira faktor istirehat yang
boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat
seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun,
sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin
adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai
banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam
badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga
bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini.
- Kurangkan kandungan asid di dalam
badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan
kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di
dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan.
Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid
dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/anggapan buruk pada
orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam
badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan,
semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar
dengan cepat.
Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih
memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga
membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
- Kita juga wajib percaya bahawa
hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk
sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya
supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan