Setiap produk NUTRILITE adalah hasil langsung ujian lapangan dan
analisis makmal terperinci yang dijalankan oleh saintis, ahli
mikrobiologi, ahli kimia, ahli farmasi, pakar pemakanan dan juruteknik
lain. Berbeza dengan kebanyakan syarikat dalam industri suplemen
pemakanan, Institut Kesihatan NUTRILITE telah membuat pelaburan yang
besar dalam kepakaran dan kelengkapan saintifik. Perkhidmatan analitikal
yang menyeluruh termasuk: Biocerakin iaitu ujian untuk mengenal pasti
bahan dan sebatian yang berfaedah untuk produk NUTRILITE. Mikrobiologi
digunakan untuk menetapkan spesifikasi dan mengesahkan bahan untuk
memastikan keselamatan produk. Kimia analisis untuk mengenal pasti
sumber bahan dan membangunkan proses bagi menghasilkan produk yang
selamat, konsisten dan berkesan.
Halaman
ORDER FORM
CARA MEMBUAT PESANAN
H&B INFORMATION AND KNOWLEDGE
- ANIMAL NUTRITION (1)
- GLUTHATHIONE (2)
- HEALTH AND BEAUTY INFORMATION (3)
- NUTRITION (1)
Sabtu, 8 Disember 2012
NUTRILITE - NUTRIGENOMIK DAN MASA HADAPAN
NUTRILITE ialah peneraju bidang saintifik baru: Nutrigenomik iaitu
sains bagaimana gen kita berinteraksi dengan nutrien. NUTRILITE telah
bekerjasama dengan lebih daripada dua puluh institusi global yang
dikenali dalam komuniti saintifik dan pemakanan dan telah membuat
pembentangan di persidangan serta menerbitkan dalam jurnal saintifik di
seluruh dunia.
NUTRILITE - MENAMBAH BAIK ALAM...SECARA SAINTIFIK
Suplemen NUTRILITE adalah hasil anugerah alam yang dianalisis dan
diekstrak secara saintifik melalui proses terkawal yang teliti untuk
menghasilkan suplemen yang selamat untuk kesihatan optimum.
Bertahun-tahun dahulu, pengasas kami Carl Rehnborg merintis teknik
canggih untuk menganalisis nilai pemakanan tumbuhan tertentu. Hari ini,
saintis NUTRILITE di seluruh dunia menggunakan kaedah dan teknologi
terkini untuk menambah baik cara mengekstrak kebaikan daripada tanaman
kami secara maksimum dan menilai bahan baharu untuk produk kami. Saintis
kami mengkaji rumusan baru dan kaedah pemprosesan inovatif, meneroka
produk dan bahan baru yang dipertingkatkan dan menggunakan peralatan
ujian dan analisis berprestasi tinggi untuk memaksimumkan pekatan
tumbuhan untuk kandungan nutrien optimum.
NUTRILITE - LEBIH 15,000 UJIAN PRODUK SETIAP BULAN
Untuk vitamin, mineral dan ekstrak botani, kami menggunakan pelbagai
langkah kualiti bagi memastikan hanya bahan terbaik digunakan dalam
produk NUTRILITE. Spesifikasi bahan kami yang ketat memerlukan sijil
analisis dan kami menjalankan ujian analitikal kami sendiri serta
mengaudit pembekal bahan kami secara berkala bagi memastikan ia
dipatuhi. Walaupun tidak disyaratkan, semua suplemen dietari NUTRILITE
kami memilih untuk mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi
memastikan produk NUTRILITE selamat, dikenal pasti sempurna dan
berkualiti tinggi. Malah, lebih 15,000 ujian kualiti dijalankan setiap
bulan untuk memastikan produk yang dihasilkan konsisten, selamat dan
berkesan.
NUTRILITE - SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI
Pasukan Penyelidikan & Pembangunan kami membaca ribuan kertas
penyelidikan setiap tahun untuk mencari bahan terbaik untuk dimasukkan
ke dalam produk kami. Kami menjalankan penyelidikan sendiri dan
melaporkan penemuan melalui manuskrip penyelidikan yang diterbitkan dan
di persidangan saintifik di seluruh dunia. Kami adalah satu-satunya
syarikat vitamin, mineral dan suplemen dietari global yang menanam,
memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan
organik. Pada 2004, kami memperkenalkan satu program untuk memformalkan
dan meningkatkan kawalan kualiti botani bagi bahan-bahan yang ditanam di
luar ladang NUTRILITE. Standard kami termasuk fokus terhadap amalan
perladangan mampan termasuk perladangan organik sekerap yang boleh. Kami
menekankan untuk menanam tumbuhan dari biji benih, menggunakan bahagian
tumbuhan yang menawarkan kandungan pemakanan terbaik dan memetik
tanaman hanya apabila ia mencapai tahap pemakanan tertinggi.
NUTRILITE - KAMI TIDAK PERNAH BERKOMPROMI TENTANG KUALITI
NUTRILITE ialah jenama terkemuka vitamin, mineral dan suplemen dietari.*
Mengapa? Ada di alam sekeliling kita! NUTRILITE ialah satu-satunya
jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses
tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Kami menggunakan
nutrien tumbuhan semula jadi dan organik, vitamin yang sangat tulen dan
mineral semula jadi yang diperoleh dari seluruh dunia untuk memenuhi
standard kualiti kami yang ketat. Saintis, juruteknik dan jurutera kami
dari 20 bidang kajian yang berbeza bekerja berterusan untuk membangunkan
rumusan, produk dan kaedah pemprosesan baru, menilai produk siap kami
bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti, keselamatan dan kecekapan
dengan tepat. Setiap bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE
menjalani penyelidikan, ujian dan rumusan terperinci agar hasilnya
adalah produk yang dijamin dapat memenuhi keperluan pemakanan masyarakat
dalam usaha mencapai kesihatan optimum. *berdasarkan jualan 2009
NUTRILITE - FAZENDA NUTRIORGANICA, UBAJARA, BRAZIL
Fazenda Nutriorganica adalah ladang NUTRILITE™
yang terbesar. Seluruh 1660 hektar (4100 ekar) disahkan 100% organik.
Sepanjang tahun, ladang itu menghasilkan ceri aserola yang memberikan
100% keperluan asid askorbik (Vitamin C) semula jadi yang digunakan
dalam produk NUTRILITE. Kebanyakan masalah haiwan perosak dan penyakit
yang memusnahkan tanaman dielakkan dengan memberikan nutrien organik
yang seimbang seperti baja semula jadi daripada 300 ekor lembu di ladang
itu untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan kuat. Tanaman utama: aserola; picão preto yang juga dipanggil jarum Sepanyol dan buah markisah. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik
Fazenda Nutriorganica sebelum ini adalah tanah terbiar yang tidak
dibangunkan. Kini, ia adalah inspirasi kerja dan pembelajaran yang
produktif serta pembangunan diri dan profesional. Projek penghutanan
semula di sepanjang tebing Sungai Jaburu yang berdekatan yang dianjurkan
oleh NUTRILITE, kini sedang dijalankan.
NUTRILITE - RANCHO EL PETACAL - JALISCO, MEXICO
Rancho El Petacal ialah ladang yang disahkan organik seluas 566 hektar
(1400 ekar) yang terletak di barat daya Mexico. Ia mempunyai iklim yang
ideal untuk pertumbuhan dengan cahaya matahari dan hujan yang banyak,
sangat sesuai untuk menanam tumbuhan yang kaya nutrien untuk produk
NUTRILITE kami dan untuk menanam plot ujian bagi penyelidikan. Ladang
itu juga adalah sumber pekerjaan utama untuk komuniti tempatan. Program
penghutanan semula kami di kawasan itu telah membantu meningkatkan
biodiversiti dan mengekalkan keseimbangan semula jadi kawasan tersebut. Tanaman utama: bayam, kubis daun, brokoli, selada air, pasli, limau gedang, oren, lemon, oregano, sej dan asparagus. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik
Ladang Nutrilite di Rancho El Petacal mempunyai Pusat Sokongan
Kebudayaan dan Pendidikan. Di sini kami memberikan pendidikan asas
tentang pemakanan dan ekologi serta membantu projek tempatan seperti
pembinaan gereja baru untuk komuniti di sana.
NUTRILITE - LADANG TROUT LAKE - WASHINGTON STATE, AS
Ladang Trout Lake seluas 283 hektar (700 ekar) dan terletak di kaki
gunung Cascade Mountain adalah ladang herba disahkan organik yang
terbesar di Amerika Utara. Pengairan dibekalkan oleh Sungai White Salmon
dengan glasier dari pergunungan. Lembah Trout Lake, tempat ladang itu
terletak adalah organik sepenuhnya, tiada perladangan konvensional di
lembah itu dan pergunungan di sekitarnya membantu mencegah pencemaran. Tanaman utama:
beri biru, Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, oregano, pudina,
netel, valerian, kacang white kidney, dandelion, balm lemon, black
cohosh. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Ladang
Trout Lake komited untuk menyumbang kepada komuniti tempatan dan aktif
menyokong bandar Trout Lake dengan sumbangan tahunan yang besar kepada
Dana Biasiswa Trout Lake dan menderma kepada program komuniti.
NUTRILITE - LADANG PENYELIDIKAN PERTANIAN - CALIFORNIA; AS
Ladang Penyelidikan Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview,
California merangkumi 45 hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah
mengandungi timbunan enapan yang kaya dengan nutrien dan menyumbang
kepada tanah atas yang subur. Ia adalah lokasi utama tempat penyelidik
kami mengkaji bahan tumbuhan dari seluruh dunia untuk memberikan nilai
pemakanan tertinggi kepada produk kami dan sumber amalan perladangan
organik yang baharu dan dipertingkatkan yang digunakan di semua ladang
Nutrilite. Dengan membuat kompos dan menggunakan amalan perladangan
yang diuji dengan teliti, NUTRILITE mencipta struktur tanah yang lebih
baik seterusnya membekalkan tanaman dengan rangkaian nutrien yang luas. Tanaman utama: alfalfa, lobak merah, buah delima dan banyak tanaman penyelidikan. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik
Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, komuniti tempatan
membantu menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri secara
sukarela. Ladang Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program
dengan sekolah tempatan, membawa pelajar setempat ke ladang untuk
menanam tanaman sebagai projek sekolah setiap tahun.
NUTRILITE - PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK
NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang
menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang
disahkan organik. Semua ladang kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar)
di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula
kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja
sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta berdedikasi
untuk berbakti kepada masyarakat.
MENGAPA NUTRILITE
TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS |
Langgan:
Catatan (Atom)