Ladang Penyelidikan Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview,
California merangkumi 45 hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah
mengandungi timbunan enapan yang kaya dengan nutrien dan menyumbang
kepada tanah atas yang subur. Ia adalah lokasi utama tempat penyelidik
kami mengkaji bahan tumbuhan dari seluruh dunia untuk memberikan nilai
pemakanan tertinggi kepada produk kami dan sumber amalan perladangan
organik yang baharu dan dipertingkatkan yang digunakan di semua ladang
Nutrilite. Dengan membuat kompos dan menggunakan amalan perladangan
yang diuji dengan teliti, NUTRILITE mencipta struktur tanah yang lebih
baik seterusnya membekalkan tanaman dengan rangkaian nutrien yang luas. Tanaman utama: alfalfa, lobak merah, buah delima dan banyak tanaman penyelidikan. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik
Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, komuniti tempatan
membantu menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri secara
sukarela. Ladang Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program
dengan sekolah tempatan, membawa pelajar setempat ke ladang untuk
menanam tanaman sebagai projek sekolah setiap tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan