Halaman
ORDER FORM
CARA MEMBUAT PESANAN
H&B INFORMATION AND KNOWLEDGE
- ANIMAL NUTRITION (1)
- GLUTHATHIONE (2)
- HEALTH AND BEAUTY INFORMATION (3)
- NUTRITION (1)
Rabu, 9 Januari 2013
NUTRILITE All Plant Protein Powder (450g)
![]() |
MODEL NO : 110415
Kehebatan Protein, Kurniaan Alam
Dikuasakan oleh yang terbaik dari alam, NUTRILITE All Plant Protein Powder dirumus dengan Rumusan Adunan NUTRILITE yang eksklusif iaitu kombinasi unik soya, protein dan kacang pis.
| • | Sumber semula jadi |
| • | Tanpa laktosa |
| • | Mesra vegetarian |
| • | Tanpa kolesterol |
| • | Rendah lemak |
| • | Menyokong jantung dan keimunan anda |
Sabtu, 8 Disember 2012
NUTRILITE - BAGAIMANA PRODUK NUTRILITE DIRUMUS
Setiap produk NUTRILITE adalah hasil langsung ujian lapangan dan
analisis makmal terperinci yang dijalankan oleh saintis, ahli
mikrobiologi, ahli kimia, ahli farmasi, pakar pemakanan dan juruteknik
lain. Berbeza dengan kebanyakan syarikat dalam industri suplemen
pemakanan, Institut Kesihatan NUTRILITE telah membuat pelaburan yang
besar dalam kepakaran dan kelengkapan saintifik. Perkhidmatan analitikal
yang menyeluruh termasuk: Biocerakin iaitu ujian untuk mengenal pasti
bahan dan sebatian yang berfaedah untuk produk NUTRILITE. Mikrobiologi
digunakan untuk menetapkan spesifikasi dan mengesahkan bahan untuk
memastikan keselamatan produk. Kimia analisis untuk mengenal pasti
sumber bahan dan membangunkan proses bagi menghasilkan produk yang
selamat, konsisten dan berkesan.
NUTRILITE - NUTRIGENOMIK DAN MASA HADAPAN
NUTRILITE ialah peneraju bidang saintifik baru: Nutrigenomik iaitu
sains bagaimana gen kita berinteraksi dengan nutrien. NUTRILITE telah
bekerjasama dengan lebih daripada dua puluh institusi global yang
dikenali dalam komuniti saintifik dan pemakanan dan telah membuat
pembentangan di persidangan serta menerbitkan dalam jurnal saintifik di
seluruh dunia.
NUTRILITE - MENAMBAH BAIK ALAM...SECARA SAINTIFIK
Suplemen NUTRILITE adalah hasil anugerah alam yang dianalisis dan
diekstrak secara saintifik melalui proses terkawal yang teliti untuk
menghasilkan suplemen yang selamat untuk kesihatan optimum.
Bertahun-tahun dahulu, pengasas kami Carl Rehnborg merintis teknik
canggih untuk menganalisis nilai pemakanan tumbuhan tertentu. Hari ini,
saintis NUTRILITE di seluruh dunia menggunakan kaedah dan teknologi
terkini untuk menambah baik cara mengekstrak kebaikan daripada tanaman
kami secara maksimum dan menilai bahan baharu untuk produk kami. Saintis
kami mengkaji rumusan baru dan kaedah pemprosesan inovatif, meneroka
produk dan bahan baru yang dipertingkatkan dan menggunakan peralatan
ujian dan analisis berprestasi tinggi untuk memaksimumkan pekatan
tumbuhan untuk kandungan nutrien optimum.
NUTRILITE - LEBIH 15,000 UJIAN PRODUK SETIAP BULAN
Untuk vitamin, mineral dan ekstrak botani, kami menggunakan pelbagai
langkah kualiti bagi memastikan hanya bahan terbaik digunakan dalam
produk NUTRILITE. Spesifikasi bahan kami yang ketat memerlukan sijil
analisis dan kami menjalankan ujian analitikal kami sendiri serta
mengaudit pembekal bahan kami secara berkala bagi memastikan ia
dipatuhi. Walaupun tidak disyaratkan, semua suplemen dietari NUTRILITE
kami memilih untuk mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi
memastikan produk NUTRILITE selamat, dikenal pasti sempurna dan
berkualiti tinggi. Malah, lebih 15,000 ujian kualiti dijalankan setiap
bulan untuk memastikan produk yang dihasilkan konsisten, selamat dan
berkesan.
NUTRILITE - SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI
Pasukan Penyelidikan & Pembangunan kami membaca ribuan kertas
penyelidikan setiap tahun untuk mencari bahan terbaik untuk dimasukkan
ke dalam produk kami. Kami menjalankan penyelidikan sendiri dan
melaporkan penemuan melalui manuskrip penyelidikan yang diterbitkan dan
di persidangan saintifik di seluruh dunia. Kami adalah satu-satunya
syarikat vitamin, mineral dan suplemen dietari global yang menanam,
memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan
organik. Pada 2004, kami memperkenalkan satu program untuk memformalkan
dan meningkatkan kawalan kualiti botani bagi bahan-bahan yang ditanam di
luar ladang NUTRILITE. Standard kami termasuk fokus terhadap amalan
perladangan mampan termasuk perladangan organik sekerap yang boleh. Kami
menekankan untuk menanam tumbuhan dari biji benih, menggunakan bahagian
tumbuhan yang menawarkan kandungan pemakanan terbaik dan memetik
tanaman hanya apabila ia mencapai tahap pemakanan tertinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)






