ORDER FORM

Name:
Email Address:
Phone Number
Full Address
Product's Name
Model number / Item number
Quantity

This contact form was created by Freedback.

CARA MEMBUAT PESANAN

H&B INFORMATION AND KNOWLEDGE

Sabtu, 8 Disember 2012

NUTRILITE - BAGAIMANA PRODUK NUTRILITE DIRUMUS

Setiap produk NUTRILITE adalah hasil langsung ujian lapangan dan analisis makmal terperinci yang dijalankan oleh saintis, ahli mikrobiologi, ahli kimia, ahli farmasi, pakar pemakanan dan juruteknik lain. Berbeza dengan kebanyakan syarikat dalam industri suplemen pemakanan, Institut Kesihatan NUTRILITE telah membuat pelaburan yang besar dalam kepakaran dan kelengkapan saintifik. Perkhidmatan analitikal yang menyeluruh termasuk: Biocerakin iaitu ujian untuk mengenal pasti bahan dan sebatian yang berfaedah untuk produk NUTRILITE. Mikrobiologi digunakan untuk menetapkan spesifikasi dan mengesahkan bahan untuk memastikan keselamatan produk. Kimia analisis untuk mengenal pasti sumber bahan dan membangunkan proses bagi menghasilkan produk yang selamat, konsisten dan berkesan.

NUTRILITE - NUTRIGENOMIK DAN MASA HADAPAN

NUTRILITE ialah peneraju bidang saintifik baru: Nutrigenomik ­­­­­iaitu sains bagaimana gen kita berinteraksi dengan nutrien. NUTRILITE telah bekerjasama dengan lebih daripada dua puluh institusi global yang dikenali dalam komuniti saintifik dan pemakanan dan telah membuat pembentangan di persidangan serta menerbitkan dalam jurnal saintifik di seluruh dunia.

NUTRILITE - MENAMBAH BAIK ALAM...SECARA SAINTIFIK

Suplemen NUTRILITE adalah hasil anugerah alam yang dianalisis dan diekstrak secara saintifik melalui proses terkawal yang teliti untuk menghasilkan suplemen yang selamat untuk kesihatan optimum. Bertahun-tahun dahulu, pengasas kami Carl Rehnborg merintis teknik canggih untuk menganalisis nilai pemakanan tumbuhan tertentu. Hari ini, saintis NUTRILITE di seluruh dunia menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk menambah baik cara mengekstrak kebaikan daripada tanaman kami secara maksimum dan menilai bahan baharu untuk produk kami. Saintis kami mengkaji rumusan baru dan kaedah pemprosesan inovatif, meneroka produk dan bahan baru yang dipertingkatkan dan menggunakan peralatan ujian dan analisis berprestasi tinggi untuk memaksimumkan pekatan tumbuhan untuk kandungan nutrien optimum.

NUTRILITE - LEBIH 15,000 UJIAN PRODUK SETIAP BULAN

Untuk vitamin, mineral dan ekstrak botani, kami menggunakan pelbagai langkah kualiti bagi memastikan hanya bahan terbaik digunakan dalam produk NUTRILITE. Spesifikasi bahan kami yang ketat memerlukan sijil analisis dan kami menjalankan ujian analitikal kami sendiri serta mengaudit pembekal bahan kami secara berkala bagi memastikan ia dipatuhi. Walaupun tidak disyaratkan, semua suplemen dietari NUTRILITE kami memilih untuk mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi memastikan produk NUTRILITE selamat, dikenal pasti sempurna dan berkualiti tinggi. Malah, lebih 15,000 ujian kualiti dijalankan setiap bulan untuk memastikan produk yang dihasilkan konsisten, selamat dan berkesan.

NUTRILITE - SENTIASA MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI

Pasukan Penyelidikan & Pembangunan kami membaca ribuan kertas penyelidikan setiap tahun untuk mencari bahan terbaik untuk dimasukkan ke dalam produk kami. Kami menjalankan penyelidikan sendiri dan melaporkan penemuan melalui manuskrip penyelidikan yang diterbitkan dan di persidangan saintifik di seluruh dunia. Kami adalah satu-satunya syarikat vitamin, mineral dan suplemen dietari global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Pada 2004, kami memperkenalkan satu program untuk memformalkan dan meningkatkan kawalan kualiti botani bagi bahan-bahan yang ditanam di luar ladang NUTRILITE. Standard kami termasuk fokus terhadap amalan perladangan mampan termasuk perladangan organik sekerap yang boleh. Kami menekankan untuk menanam tumbuhan dari biji benih, menggunakan bahagian tumbuhan yang menawarkan kandungan pemakanan terbaik dan memetik tanaman hanya apabila ia mencapai tahap pemakanan tertinggi.

NUTRILITE - KAMI TIDAK PERNAH BERKOMPROMI TENTANG KUALITI

NUTRILITE ialah jenama terkemuka vitamin, mineral dan suplemen dietari.* Mengapa? Ada di alam sekeliling kita! NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Kami menggunakan nutrien tumbuhan semula jadi dan organik, vitamin yang sangat tulen dan mineral semula jadi yang diperoleh dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Saintis, juruteknik dan jurutera kami dari 20 bidang kajian yang berbeza bekerja berterusan untuk membangunkan rumusan, produk dan kaedah pemprosesan baru, menilai produk siap kami bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti, keselamatan dan kecekapan dengan tepat. Setiap bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE menjalani penyelidikan, ujian dan rumusan terperinci agar hasilnya adalah produk yang dijamin dapat memenuhi keperluan pemakanan masyarakat dalam usaha mencapai kesihatan optimum. *berdasarkan jualan 2009

NUTRILITE - FAZENDA NUTRIORGANICA, UBAJARA, BRAZIL

Fazenda Nutriorganica adalah ladang NUTRILITE yang terbesar. Seluruh 1660 hektar (4100 ekar) disahkan 100% organik. Sepanjang tahun, ladang itu menghasilkan ceri aserola yang memberikan 100% keperluan asid askorbik (Vitamin C) semula jadi yang digunakan dalam produk NUTRILITE. Kebanyakan masalah haiwan perosak dan penyakit yang memusnahkan tanaman dielakkan dengan memberikan nutrien organik yang seimbang seperti baja semula jadi daripada 300 ekor lembu di ladang itu untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan kuat. Tanaman utama: aserola; picão preto yang juga dipanggil jarum Sepanyol dan buah markisah. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik Fazenda Nutriorganica sebelum ini adalah tanah terbiar yang tidak dibangunkan. Kini, ia adalah inspirasi kerja dan pembelajaran yang produktif serta pembangunan diri dan profesional. Projek penghutanan semula di sepanjang tebing Sungai Jaburu yang berdekatan yang dianjurkan oleh NUTRILITE, kini sedang dijalankan.

NUTRILITE - RANCHO EL PETACAL - JALISCO, MEXICO

Rancho El Petacal ialah ladang yang disahkan organik seluas 566 hektar (1400 ekar) yang terletak di barat daya Mexico. Ia mempunyai iklim yang ideal untuk pertumbuhan dengan cahaya matahari dan hujan yang banyak, sangat sesuai untuk menanam tumbuhan yang kaya nutrien untuk produk NUTRILITE kami dan untuk menanam plot ujian bagi penyelidikan. Ladang itu juga adalah sumber pekerjaan utama untuk komuniti tempatan. Program penghutanan semula kami di kawasan itu telah membantu meningkatkan biodiversiti dan mengekalkan keseimbangan semula jadi kawasan tersebut. Tanaman utama: bayam, kubis daun, brokoli, selada air, pasli, limau gedang, oren, lemon, oregano, sej dan asparagus. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik Ladang Nutrilite di Rancho El Petacal mempunyai Pusat Sokongan Kebudayaan dan Pendidikan. Di sini kami memberikan pendidikan asas tentang pemakanan dan ekologi serta membantu projek tempatan seperti pembinaan gereja baru untuk komuniti di sana.

NUTRILITE - LADANG TROUT LAKE - WASHINGTON STATE, AS

Ladang Trout Lake seluas 283 hektar (700 ekar) dan terletak di kaki gunung Cascade Mountain adalah ladang herba disahkan organik yang terbesar di Amerika Utara. Pengairan dibekalkan oleh Sungai White Salmon dengan glasier dari pergunungan. Lembah Trout Lake, tempat ladang itu terletak adalah organik sepenuhnya, tiada perladangan konvensional di lembah itu dan pergunungan di sekitarnya membantu mencegah pencemaran. Tanaman utama: beri biru, Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, oregano, pudina, netel, valerian, kacang white kidney, dandelion, balm lemon, black cohosh. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Ladang Trout Lake komited untuk menyumbang kepada komuniti tempatan dan aktif menyokong bandar Trout Lake dengan sumbangan tahunan yang besar kepada Dana Biasiswa Trout Lake dan menderma kepada program komuniti.

NUTRILITE - LADANG PENYELIDIKAN PERTANIAN - CALIFORNIA; AS

Ladang Penyelidikan Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview, California merangkumi 45 hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah mengandungi timbunan enapan yang kaya dengan nutrien dan menyumbang kepada tanah atas yang subur. Ia adalah lokasi utama tempat penyelidik kami mengkaji bahan tumbuhan dari seluruh dunia untuk memberikan nilai pemakanan tertinggi kepada produk kami dan sumber amalan perladangan organik yang baharu dan dipertingkatkan yang digunakan di semua ladang Nutrilite.   Dengan membuat kompos dan menggunakan amalan perladangan yang diuji dengan teliti, NUTRILITE mencipta struktur tanah yang lebih baik seterusnya membekalkan tanaman dengan rangkaian nutrien yang luas. Tanaman utama: alfalfa, lobak merah, buah delima dan banyak tanaman penyelidikan. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, komuniti tempatan membantu menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri secara sukarela. Ladang Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program dengan sekolah tempatan, membawa pelajar setempat ke ladang untuk menanam tanaman sebagai projek sekolah setiap tahun.





NUTRILITE - PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK

NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Semua ladang kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta berdedikasi untuk berbakti kepada masyarakat.

MENGAPA NUTRILITE

TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS
NUTRILITE ialah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan rangkaian suplemen lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk pemakanan am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan pemakanan kanak-kanak. NUTRILITE mendapatkan pekatan tumbuhan organik semula jadi yang kebanyakannya ditanam di ladang kami sendiri dan vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE telah dikaji, diuji dan dirumus dengan terperinci untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pemakanan masyarakat ke arah mencapai kesihatan optimum.

Jumaat, 7 Disember 2012

SA8

Teknologi KRISTAL PELEDAKAN memastikan tindakan melarut yang hebat, walaupun dalam air sejuk.

L.O.C

AMWAY menggunakan surfaktan terbiodegradasi dalam kebanyakan produk pencuciannya termasuk detergen.

SATINIQUE

Jenama SATINIQUE menawarkan barisan produk penggayaan yang luas untuk rambut yang lebih kuat dan kelihatan lebih sihat.

ICOOK

Sediakan makanan yang sihat dengan cara yang mudah, sama ada anda memerlukan set dapur baru atau tambahan istimewa yang membuatkan memasak kembali ringkas.

ATMOSPHERE

Segarkan rumah anda dengan penulen udara ATMOSPHERE, bernafaslah!

e SPRING

Membawa air segar ke rumah anda, penulen air eSpring.

ARTISTRY

Menetapkan standard dalam bidang sains kulit dan meraikan kecantikan anda, pemimpin global dalam produk penjagaan kulit dan mekap.

NUTRILITE

Menawarkan pelbagai produk pemakanan yang terdiri dari vitamin hingga suplemen dietari, jenama NUTRILITE adalah tambahan yang terkenal bagi gaya hidup yang sihat.

AMWAY ADALAH KELUARGA JENAMA GLOBAL

Portfolio global kami boleh didapati di mana saja AMWAY beroperasi. Ini adalah jenama di mana pengedar AMWAY membina perniagaan mereka. Jenama yang melakukan keajaiban kepada tubuh, minda dan dunia anda.

JAMINAN KEPUASAN AMWAY

Dengan membangunkan produk dan pembungkusan yang berkualiti tinggi dan inovatif, Amway menawarkan Pengedar rangkaian produk yang luas supaya mereka boleh
Kami menyokong penuh kualiti produk Amway. Bila-bila masa anda membeli produk Amway, anda berhak menggunakannya bagi satu tempoh yang munasabah untuk memastikan sama ada ia memuaskan atau tidak dan anda ingin menyimpannya. Jika anda mendapati ia tidak memuaskan, sila kembalikan produk itu kepada Pengedar Amway anda yang akan menawarkan anda pilihan untuk menggantikannya tanpa bayaran, menerima kredit sepenuhnya produk yang dikembalikan bagi membeli produk Amway yang lain atau menerima pemulangan bagi harga pembelian sepenuhnya.

Jaminan ini tidak boleh diguna pakai untuk produk yang sengaja dirosakkan atau disalah guna, produk edaran Amway yang memberikan tempoh masa yang khusus untuk pemulangan dan produk-produk yang dilindungi waranti bertulis.

Semua produk Amway yang dijual di Malaysia dan Brunei Darussalam tidak mengandungi uri, babi dan bahan terbitannya.

Jaminan Kepuasan Pelanggan Amway memberi jaminan kepada pelanggan bahawa jika mereka tidak berpuas hati dengan produk yang dihasilkan dan dikilang oleh Amway selepas tempoh penggunaan yang munasabah, mereka boleh mengembalikan produk itu untuk bayaran balik, gantian atau kredit penuh.

KEJAYAAN ANDA DIBERI GANJARAN

CARA MEMPEROLEH PENDAPATAN

AMWAY percaya kerja keras patut diberi ganjaran. Ringkasnya, Pelan Penjualan dan Pemasaran AMWAY memberi ganjaran kepada anda kerana menjual produk dan membantu Pengedar yang anda taja menjual produk dan membina perniagaan mereka. Anda boleh mendapat ganjaran pendapatan, ganjaran melancong, penghargaan dan banyak lagi daripada:
  • Bonus pencapaian bulanan dalam julat 3% hingga 25% daripada jumlah perniagaan bergantung kepada produktiviti bulanan anda.
  • Bonus kepimpinan bulanan dan tahunan, ganjaran tunai lain, dan insentif perniagaan berdasarkan prestasi kumpulan.
  • Tokokan harga runcit terhadap jualan produk kepada pelanggan.

PRODUK LUAR BIASA AMWAY

Dari kosmetik ARTISTRY™ hingga suplemen pemakanan NUTRILITE™, jenama AMWAY telah bertahan sekian lama dan dipercayai di seluruh dunia. Model jualan langsung AMWAY membantu memudahkan jualan, melalui perkhidmatan peribadi dan produk yang dipadankan kepada anda dan keluarga anda. Ramai pengguna telah biasa dengan produk inovatif dan reputasi AMWAY sebagai syarikat yang dipercayai yang menyokong produknya dengan Jaminan Kepuasan AMWAY

PELUANG PENDAPATAN DI AMWAY

Terdapatpelbagai sebab seseorang itu menjadi Pengedar AMWAY; AMWAY menawarkan peluang yang berisiko rendah dan berkos rendah serta terbuka kepada semua orang. Memiliki perniagaan anda sendiri bukan sahaja boleh membantu memberikan pendapatan sampingan, ia juga boleh memberikan  fleksibiliti dan jaminan kewangan. Jika anda berminat untuk memulakan usaha niaga baru yang mengujakan yang mempunyai potensi kewangan, perniagaan AMWAY adalah untuk anda. Produk unik dengan bahan-bahan dan rumusan yang dipatenkan, setiap satunya dijamin oleh Jaminan Kepuasan AMWAY. Anda akan berasa yakin bekerja dengan sebuah syarikat yang telah beroperasi selama lebih 50 tahun, boleh dipercayai dan sentiasa memberi sokongan serta komuniti Pengedar AMWAY yang berpengalaman lebih teguh yang boleh membantu anda pada setiap langkah dan menyokong anda mencapai matlamat yang anda pilih.

SERTAI KAMI SEKARANG!

BERHUBUNG

Kisah kejayaan AMWAY bukan sekadar inspirasi. Sebagai seorang Pengedar AMWAY, anda adalah sebahagian daripada rangkaian rakan pengedar yang berjaya yang membantu memberi panduan kepada anda untuk berjaya.

SOKONGAN

Anda berniaga untuk diri sendiri, tetapi bukan bersendirian. Di AMWAY, berdikari bukan bermakna melakukannya seorang diri. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan pelanggan bertaraf dunia untuk menjawab sebarang dan semua soalan tidak kira di mana sahaja anda berada di dunia.

LATIHAN

Apa yang terjadi jika anda mempunyai keinginan dan komitmen tetapi kurang pengetahuan? Jika anda sanggup berusaha, sumber latihan Amway yang hebat boleh membantu anda bermula dengan cepat. Pilih antara latihan dalam talian atau secara peribadi yang dibuat mengikut pembelajaran khusus pilihan anda. 

HUBUNGI SAYA SEKARANG! 
 





SOKONGAN PERNIAGAAN

UNTUK BERMULA TIDAK PERNAH SEMUDAH INI!

Memulakan perniagaan AMWAY anda sendiritidak perlu merungsingkan anda. AMWAY memberikan anda maklumat dan latihan untuk membantu anda agar berjaya.Peluang latihan termasuk sumber dalam talian dan secara peribadi. Tidak perlu bimbang jika anda tiada pengalaman berniaga, kami akan membantu anda mempelajari kemahiran untuk membantu anda berjaya. Dari latihan yang mengkhusus dalam produk, ke pendidikan perniagaan, latihan kemajuan diri dan program pementoran, anda akan mendapat akses ke sumber-sumber untuk membantu anda membina perniagaan AMWAY yang berjaya.

MENJADI PENGEDAR

Untuk memulakan perniagaan AMWAY anda sendiri, anda perlu mendaftar dengan kami sebagai Pengedar, yang membolehkan anda memperoleh pendapatan melalui Pelan Pampasan kami. Jika anda mengenali Pengedar AMWAY, anda perlu berbincang dengannya tentang bagaimana perniagaan ini dapat membantu anda mencapai matlamat peribadi anda. Jika anda ingin berhubung dengan Pengedar AMWAY, kami boleh membantu anda mencari seseorang yang sesuai dengan kepentingan dan keperluan anda.

BERMINAT? SILA EMAILKAN BUTIRAN ANDA KE aznaszman@gmail.com

 BUTIRAN ANDA ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1) NAMA
2)ALAMAT
3)TELEFON
4)EMAIL

MODEL PERNIAGAAN

Perniagaan AMWAY memberi ganjaran kepada anda untuk menjual produk dan menaja orang lain melakukan perkara yang sama. Apabila perniagaan anda berkembang, begitu juga ganjaran anda. Dalam perniagaan ini, anda boleh menjana pendapatan dari keuntungan runcit, bonus pencapaian bulanan, bonus kepimpinan bulanan dan tahunan, dan anugerah wang tunai yang lain dan insentif perniagaan yang berdasarkan pencapaian kumpulan.  Kami menyokong perniagaan anda pada setiap langkah dengan menyediakan alat perniagaan bertaraf dunia seperti perkhidmatan pelanggan, pengurusan perniagaan, pengurusan pesanan dan latihan dan motivasi dalam bidang tersebut.  Pengedar atasan anda menyediakan bimbingan peribadi, nasihat, sokongan dan bimbingan. Perniagaan Bebas AMWAY adalah tentang orang dan hubungan. Kami menyokong antara satu sama lain dalam perjalanan kami menuju kejayaan. AMWAY juga menyediakan Penasihat Jualan yang membekalkan nasihat, cadangan latihan dan hala tuju perniagaan yang boleh membantu.  Setiap anggota keluarga AMWAY mempunyai sumber latihan terbukti bertaraf dunia tersedia untuk mereka, yang ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran. Pusat Pembelajaran menawarkan kursus latihan dalam talian percuma yang bertujuan untuk membantu anda menjual produk, membina perniagaan anda, dan mewujudkan keyakinan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda.  AMWAY membuat pelaburan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk meningkatkan kesedaran awam tentang syarikat, peluang perniagaan dan produk yang kami tawarkan. Kami menyokong setiap perniagaan bebas dengan pengiklanan, penajaan dan acara kebangsaan dan setempat. Anda tidak berseorangan dalam perniagaan AMWAY.
 

PELUANG PERNIAGAAN

PERNIAGAAN MILIK ANDA SENDIRI

Lebih daripada 3 juta orang sedang berusaha ke arah kejayaan mereka. Kami menawarkan potensi peluang tidak terbatas, sokongan perbadanan dengan pengalaman dan belas ihsan lebih daripada 50 tahun, komuniti global yang bersedia untuk menawarkan sokongan dan satu pelan pampasan perdana.

Rabu, 5 Disember 2012

GERAN

Geran kami memberi tumpuan kepada melakukan perubahan sebenar dan berpanjangan dalam kehidupan kanak-kanak melalui Kempen One by One untuk Kanak-kanak AMWAY. Ketahui lebih lanjut tentang garis panduan kami, proses dan cara untuk menghantar permohonan.

TEMPAT KERJA

Kami adalah syarikat yang percaya bahawa setiap orang boleh melakukan perbezaan. Untuk menjadikan kepercayaan kami satu realiti, kami memperkasa pekerja kami untuk mencapai matlamat, memenuhi cita-cita dan menyumbang kepada masyarakat di mana kami beroperasi. Sebagai sebuah syarikat kesihatan dan kecantikan global yang terkemuka, AMWAY memastikan pekerja mempunyaiakses kepada sumber-sumber yang mereka perlukan untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

DASAR PERSEKITARAN

Dasar kami terdiri daripada mengurangkan kesan operasi kamiterhadap alam sekitar hingga latihan dan memotivasikan pekerja agar bertanggungjawab secara peribadi untuk tempat kerja yang lebih selamat dan lebih hijau.

BANTUAN BENCANA AMWAY HAITI PROJECT

Apabila bencana semula jadi melanda di seluruh dunia, AMWAY bersedia untuk menghulurkan bantuan serta-merta serta bantuan jangka panjang kepada mereka yang memerlukan. Baru-baru ini, AMWAY melancarkan satu program baru untuk membantu kanak-kanak di Haiti.

KEMPEN ONE BY ONE UNTUK KANAK-KANAK

Amway memperlihatkan sifat penyayangnya melalui komitmennya terhadap Kempen One By One untuk Kanak-kanak. Ia menghimpunkan sumber-sumber daripada seluruh keluarga Amway bagi membawa perubahan dalam kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia. Dengan mewujudkan perkongsian setempat, Kami dapat menangani isu-isu tertentu yang dihadapi oleh kanak-kanak dan mempertingkatkan cara mereka HIDUP, BELAJAR, MENCAPAI, dan BERMAIN.

Sejak program ini dilancarkan pada 2003, kami telah berganding bahu dengan kakitangan dan Pengedar AMWAY untuk membantu lebih daripada 9.5 juta kanak-kanak. Kami telah mencatatkan waktu sukarela sebanyak 2.3 juta jam, dan mengumpul $166 juta demi kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia.


ONE BY ONE DI MALAYSIA

Amway di Malaysia memberi tumpuan kepada pemupukan kesihatan mental yang positif di kalangan kanak-kanak.

Kajian mendedahkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak Malaysia cenderung mendapat kemurungan, harga diri dan kayakinan yang rendah dan kami mahu membantu menangani hal ini.

ANDA PRIHATIN?

SERTAI KAMI SEKARANG

KERJAYA HEBAT BERLAKU DI SINI

Kami mencari individu-individu hebat yang sedang mencari :

  • pertumbuhan profesional dan peribadi,

  • pengalaman global,

  • tempat untuk melakukan perubahan dalam kehidupan manusia.

Jika anda berminat untuk menyertai syarikat yang didorong oleh nilai-nilai, inovatif dan memberi sokongan, kami menjemput anda untuk mempertimbangkan kerjaya dengan AMWAY.

Kami suka bekerja di sini. Dan kami yakin anda juga akan menyukainya.

Berminat? sila isi orang di sebelah kanan untuk temujanji. Sila sertakan nama, alamat, dan no telefon anda untuk dihubungi.

PENGASAS BERSAMA

RICH DEVOS DAN JAY VAN ANDEL
RICH DEVOS DAN JAY VAN ANDEL

Pada tahun 1959, Rich DeVos dan Jay Van Andel mengasaskan AMWAY Corporation. Rich DeVos berkata, "Kami hanyalah dua lelaki dari Ada, Michigan, Amerika Syarikat yang mahu memiliki perniagaan sendiri. Kami cuma dua orang budak lelaki (kadang-kadang masih begitu) yang dahagakan kejayaan dan mahu memberikan peluang kepada insan lain untuk menceburi perniagaan ini untuk diri sendiri juga. " Mendiang pengasas kami, Jay Van Andel berkata tentang syarikat, "AMWAY memberikan orang ramai kehidupan baru yang mempunyai keseronokan, janji, keuntungan dan harapan." AMWAY kini beroperasi di lebih daripada 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. DeVos adalah penceramah terkenal dan pengarang empat buah buku termasuk : Believe!, Compassionate Capitalism, Hope from My Heart: Ten Lessons for Life dan Ten Powerful Phrases for positive People. Beliau juga telah memiliki beberapa francais sukan professional, termasuk Orlando Magic NBA. Van Andel merupakan penyokong sepanjang hayat perusahaan bebas. Bekas Pengerusi U.S.Chamber of Commerce, Pengarah Jamestown Foundation, U.S. Ambassador dan Commissioner General ke Genoa Expo'92 dan Trustee of the Heritage Foundation. Di kampung halamannya Grand Rapids, Michigan, beliau adalah pengasas Van Andel Institute for Education and Medical Research, mengasaskan Chairman of the Right Place Committee dan menerusi Jay and Betty Van Andel Foundation menyumbang kepada projek-projek komuniti yang penting dalampembangunan ekonomi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan kesenian.

SELAMAT DATANG KE AMWAY

SELAMAT DATANG KE AMWAY!

Salah satu perniagaan jualan langsung yang terbesar di dunia dikuasakan oleh jenama yang memberikan peluang keajaiban yang menguasakan hubungan yang berjaya bertahan dengan kewarganegaraan global yang bermanfaat.